INAI MERAH 30GM ( SERBUK/CELUP )
MEMPERKENALKAN PRODUK DARI KAMI INAI MERAH.
INAI MERAH NEW PACKAGING
MAKLUMAT TENTANG INAI MERAH ( SERBUK/CELUP )
# 100% ASLI DARI DAUN INAI
# BODY ART QUALITY
# TANPA BAHAN KIMIA
# TANPA PEWARNA
# TANPA PENGAWET
# SERAP AIR
# SUCI (SAH BAWA SOLAT)
# WARNA TAHAN LAMA
KEGUNAAN:
1. UNTUK JARI/KUKU
2. MENGUBAH TONE WARNA RAMBUT KEPADA BAYANG-BAYANG MERAH
3. UNTUK TUTUP UBAN
4. UNTUK UKIR MEHNDI
5. MERAWAT KULIT KEPALA (ATASI MASALAH KUTU, KELEMUMUR, GATAL KEPALA, KULAT, MENYUBURKAN RAMBUT DLL)
6. MERAWAT PENYAKIT MIGRAIN
7. MENYEJUKKAN KULIT KEPALA
CARA PENGGUNAAN atau PETUA UNTUK PEKATKAN LAGI INAI MERAH
BAHAN BANCUHAN INAI MERAH UNTUK JARI
1 Cawan serbuk inai ( A )
2 biji atau 2 camca besar perahan limau atau cuka makan ( B )
1 camca besar minyak zaitun ( C )
Beberapa titik minyak tea tree oil atau 1 cawan rebusan bunga cengkih ( 15biji ) yang dibiarkan sejuk terlebih dahulu ( D )
Air secukupnya ( E )
Cara bancuh inai merah
Adunkan bahan2 ( A & B ) ke dalam mangkuk dan tuangkan air sedikit demi sedikit, gaul sehingga menjadi pes pekat. Kemudian campurkan dengan minyak zaitun. Boleh masukkan beberapa titik minyak tea tree untuk membangkitkan lagi warna dan ketahanan inai merah ini. Untuk kesan yang maksimum, biarkan pes inai selama 2 jam sebelum digunakan.
Kaedah Menginai
Untuk inai di jari, biarkan inai kering selama 10-15 minit dan balut dengan plastik foil selama 4-5jam untuk mendapatkan warna merah yang cantik dan tahan lama.
*** Tips : Untuk memerahkan lagi warna inai, bancuhkan dengan air teh pekat. Minyak zaitun dan gula dapat mengelak inai dari cepat kering. Warna inai pada jari boleh bertahan sehingga lama lebih jika jarang atau kurang terkena air atau bahan cucian.
BAHAN BANCUHAN INAI MERAH UNTUK RAMBUT
1 cawan bersamaan dengan 100gm serbuk inai ( untuk paras bahu )
2 camca besar cuka atau perahan limau
2 camca besar minyak zaitun atau minyak kelapa
2 camca besar serbuk kopi ( halus ) atau teh pekat
Bancuh kesemua bahan dengan air sedikit demi sedikit sehinga menjadi pes pekat ( seperti yougurt )
Kaedah Menginai Rambut
Rambut berminyak perlu di syampu terlebih dahulu dan keringkan rambut ( 100% ) sebelum menginai.
Pakai sarung tangan plastik dan mula menginai dari kepala secara berlapis ( layer by layer ) hingga ke tengkuk, diikuti dengan bahagian tepi kiri dan kanan. Balut dengan shower cap dan biarkan selama 3-4 jam.
Penggunaan steamer rambut dapat memendekkan tempoh tersebut kepada 30 - 45minit
Bilas sebersih bersihnya hingga air nampak jernih dan gunakan perapi untuk penghilangkan baki inai.
Jangan syampu rambut selama 3 hari dan akhir sekali keringkan rambut dengan pengering rambut
**** Tips : Campurkan nescafe/serbuk kopi halus/teh pekat untuk gelapkan warna inai kepada perang atau coklat tua. Baki pes inai merah boleh disimpan dalam peti sejuk ( dalam bekas bertutup ). Untuk warna inai tahan lama, jangan syampu rambut selama 3 hari.
HARGA : RM21.00
50gm
0 ulasan:
Catat Ulasan